Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Jualan Emas dan Perak

Untuk Di Jual :
1. 10 gram bunga raya - RM 1510
2. 5 gram Pamp LF - RM 800
3. 1/10 oz Gold Maple Leaf
PM/SMS 017-9612247 kepada yang berminat... harga boleh bincang lagi

Bunga Raya

Bunga Raya
Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 999.9 (24K)

Dinar GCP

Dinar GCP
Coin dari emas 999% (24K gold) Saiz 1 dinar

Kelantan Gold Trade

Kelantan Gold Trade
Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar

Dinar Muslim, Restu

Dinar Muslim,  Restu
Dinar Muslim: Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar Dinar Restu: Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1 dinar

Dinar Public Gold

Dinar Public Gold
Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar

Dinar Kelantan

Dinar Kelantan
Dinar Kelantan keluaran pertama Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Teruskan Menyimpan Emas

Wednesday, December 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP