Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Jualan Emas dan Perak

Untuk Di Jual :
1. 10 gram bunga raya - RM 1510
2. 5 gram Pamp LF - RM 800
3. 1/10 oz Gold Maple Leaf
PM/SMS 017-9612247 kepada yang berminat... harga boleh bincang lagi

Bunga Raya

Bunga Raya
Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 999.9 (24K)

Dinar GCP

Dinar GCP
Coin dari emas 999% (24K gold) Saiz 1 dinar

Kelantan Gold Trade

Kelantan Gold Trade
Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar

Dinar Muslim, Restu

Dinar Muslim,  Restu
Dinar Muslim: Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar Dinar Restu: Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1 dinar

Dinar Public Gold

Dinar Public Gold
Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar

Dinar Kelantan

Dinar Kelantan
Dinar Kelantan keluaran pertama Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Kos HAJI

Tuesday, January 4, 2011

Tahun 2002
1 dinar = RM140
Kos Haji = RM9100.00
Dinar yang diperlukan = 65 Dinar

Tahun 2009
1 dinar = RM502
Kos Haji = RM9036.00
Dinar yang diperlukan = 18 Dinar

Tahun 2010
1 dinar = RM580
Kos Haji = RM9100.00
Dinar yang diperlukan = 16 Dinar

Tahun 2011
1 dinar = RM667 (harga 3/Jan/2011)
Kos Haji = RM9100.00 (yg dipersetujuai baru2 ini)
Dinar yang diperlukan = 14 Dinar

Kita boleh nampak dengan penggunaan dinar kita lebih selamat daripada wang kertas.

Read more...

5 SEBAB KENAPA PERLU SIMPAN EMAS

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. W...arna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.

2. Emas tidak boleh dibinasakan.

3. Tahan lasak.

4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.

5. Ia sukar diperoleh.



Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.



Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.



2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.



Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.



. Low - USD 255.39

· High - USD 1214.80

· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%

· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%



Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.



3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.



Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.



Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.



Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).



4) Aset yang terunggul.



Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.



Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.



Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.



Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

1. Kerajaan Perancis –tahun 1715

2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923

3. Hungary 1945-1946

4. Chile 1971-1981

5. Peru 1988-1991

6. Angola 1991 – 1999

7. Yugoslavia 1992-1995

8. Belarus 1994-2002

9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994

10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001

11. Zimbabwe 2000-2009



Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW



“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Read more...

USD akan collapse dalam masa 24 bulan

Saturday, December 18, 2010

Your Only Hope: Owning Gold and Silver

By Greg McCoach
Friday, December 17th, 2010

Investors have been shuffling currencies around faster than a game of three-card Monte as the true value of world's paper money is being exposed.

But in the end, the only real winners would have walked away from the table long ago, their pockets stuffed with the only currency that really matters: gold.

dec 2010 gold bar small

The consequences of decades of abuse to the system of credit in the United States are coming to a head. And the gray clouds that loom over the skies of the dollar are growing bolder by the day and darker by the minute.

The cold hard fact is I expect the U.S. dollar to ultimately collapse within 24 short months.

This failure will likely push gold prices to over $5,000 an ounce. Meaning that, even at $1,400 an ounce, gold is still dirt cheap.

Every investor should own gold right now as the ultimate store of wealth that will protect hard work and savings.

As the world begins to learn the true nature of the world's funny money, masses of new buyers will come flooding into the gold market. And this surging demand will be the catalyst that launches the price of gold into the stratosphere.

It's pretty simple...

Most investors are unaware, but the gold market is incredibly small.

There have only been about 175,000 tonnes of gold ever mined. That means there is only 0.9 of an ounce of gold for every person on the planet.

That's why they call it precious! Simply owning a single ounce of gold puts you in a much higher global economic class.

When the oceans of fiat money suddenly try to take a part in the gold market, the law of supply and demand will fundamentally force prices much higher.

But don't put all your eggs in the gold basket

While the price of gold will soar and get most of the attention, it's silver that typically outperforms gold, dollar for dollar invested.

In certain instances when gold prices have doubled, the price of silver has outperformed gold by a factor of more than six-to-one!
World Silverdec 2010 small silver
Investment Demand

* Investment demand for silver has skyrocketed 522% since 2007.
* World governments are hoarding silver; official sales have plummeted 83% in the past three years.
* Above-ground silver supplies dropped 86% last year.
* Industrial demand for silver has increased over the past decade, despite a 236% increase in prices.

The only problem with silver is that it's not as portable as gold.

You can hold $50,000 worth of gold with your two hands cupped in front of you. You could put that gold into your coat pockets and walk down the street without anybody knowing what you are carrying...

On the other hand, $50,000 worth of silver would take a hand truck to move.

Investors should also consider owning silver for the potential use to buy day-to-day items such as bread and prescriptions drugs, preparing for the time the government declares a “bank holiday” as the crisis in the banking sector exacerbates.

During a bank holiday, checks and credit cards will no longer be accepted as payment for goods and services.

For this reason, I also recommend keeping some cash on hand at all times. I'm not recommending stuffing the mattresses; but it's probably smart to keep a few thousand dollars in 1s, 5s, 10s and 20s around the house.

U.S. Silver Eagles would also be very useful in such an event, as they are considered legal tender in the United States and could be used to purchase groceries.

Why lose sleep?

Ownership of gold and silver will become one of the hottest investments on the planet.

The early adopters — those who wisely purchased their positions before the masses come — will sleep well at night while others fret as they watch the purchasing power of their savings evaporate like water in the Sahara.

Good Investing,

Greg McCoach
Editor, Wealth Daily
Investment Director, Mining Speculator and Insider Alert

http://www.wealthdaily.com/articles/the-us-dollar-will-collapse-in-24-months/2886

Read more...

Teruskan Menyimpan Emas

Wednesday, December 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
-- BERNAMA

Read more...

Surah Al-Baqarah - Ayat : 283

Monday, December 6, 2010

TERJEMAHAN AL-BAQARAH283

Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Read more...

Dinar Emas dan Dirham - sumber Nubex

Wednesday, December 1, 2010

Read more...

Time Value Of Money

Tuesday, November 30, 2010

Didalam teori konvensional, time value of money boleh dijelaskan dengan seorang pemberi modal pinjaman mengharapkan bayaran yang lebih tinggi jumlahnya dari apa yang dipinjamkan untuk suatu jangka waktu. Hampir setiap orang akan mengharapkan pulangan dari pinjaman yang diberikan. Atas alasan modal itu boleh dilaburkan dalam jangka masa tertentu dan memberikan hasil tertentu. Kesannya pemilik modal akan mengharapkan pulangan yang lebih atau lebih dikenali zaman ini sebagai interest atau bunga atau faedah. Alasan lain yang akan digunakan oleh pemilik modal untuk mengenakan interest ialah risiko yang akan mereka akan tanggung jika peminjam tidak dapat membayar balik pinjaman dan risiko inflasi. Adakah ianya alasan atau hanya ingin mencari wang yang mudah dengan hanya memberi pinjam kepada mereka yang susah.?

Dari sini terciptalah rumus-rumus finance yang boleh dipelajari dari buku-buku konvensional seperti:

1. Present value (PV) - digunakan untuk mengira nilai wang pada period waktu sekarang dari pembayaran yang akan dietrima pada masa akan datang.
2. Future value (FV) - digunakan untuk mengira nilai wang pada period akan datang dari sejumlah wang yang dilaburkan pada kadar interest tertentu.

Pemodal disini mengaharapkan pulangan yang lebih kerana bimbang wang mereka akan susut nilai dimakan inflasi, bimbang kuasa membeli mereka semakin berkurang jika peminjam memulangkan kembali wang mereka tanpa interest dan mereka yang akan menanggung rugi. Bukankah lebih berkesan jika pemodal itu memberi pinjaman dalam bentuk yang kalis inflasi dan mengharapkan pembayaran semula dalam bentuk yang kalis inflasi. sebagai contoh A memberi pinjaman sebanyak 100g emas tulen kepada B selama 10 bulan. setiap bulan B akan membayar 10g emas tulen sebagai bayaran pinjaman. Pemberi pinjaman khuatir dengan nilai wang mereka yang semakin menurun kerana kuasa mebeli mereka semakin berkurang dari segi masa. harga makanan naik, harga pakaian naik, harga rumah naik, harga minyak naik dan mereka perluka wang semakin banyak dimasa depan. tetapi jika mereka memberi pinjaman dalam bentuk yang kalis inflasi seperti emas dan perak atau barang-barang yang mempunyai nilainya sendiri tanpa perlu diletakkan nilai perkara ini tidak akan terjadi. Peminjam juga disini harus peka yang mereka juga menyelamatkan wang mereka untuk membayar semula hutang dalam bentuk yang kalis dari inflasi.

Sekadar renungan bersama : )

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP