Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Jualan Emas dan Perak

Untuk Di Jual :
1. 10 gram bunga raya - RM 1510
2. 5 gram Pamp LF - RM 800
3. 1/10 oz Gold Maple Leaf
PM/SMS 017-9612247 kepada yang berminat... harga boleh bincang lagi

Bunga Raya

Bunga Raya
Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 999.9 (24K)

Dinar GCP

Dinar GCP
Coin dari emas 999% (24K gold) Saiz 1 dinar

Kelantan Gold Trade

Kelantan Gold Trade
Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar

Dinar Muslim, Restu

Dinar Muslim,  Restu
Dinar Muslim: Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar Dinar Restu: Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1 dinar

Dinar Public Gold

Dinar Public Gold
Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar

Dinar Kelantan

Dinar Kelantan
Dinar Kelantan keluaran pertama Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Lagi BERBALOI-BALOI.. PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENIAGAAN EMAS (WANG vs EMAS)

Sunday, December 27, 2009

SEMINAR SEHARI SIRI 1 | PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENIAGAAN EMAS (WANG vs EMAS)
Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Bayaran : RM35 untuk 1 orang (Tempat duduk hanya terhad kepada 2000 orang pertama sahaja)
Perasmi Seminar : Naib Canselor UMT
Anjuran : Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS) dengan kerjasama Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
Makan/minum : Disediakan oleh pihak penganjur
Penceramah jemputan :

1. Sesi 1 : Dato' Salleh bin Majid (Mantan Presiden BSKL)
2. Sesi 2 : En. Syukor bin Hashim (Pemilik blog jutawanemas.com)
3. Sesi 3 : En. Branson Saw (CEO Public Fine Gold International (PFGI) Sdn. Bhd.)
4. Sesi 4 : AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)


Hubungi Poklang segera! 017-9536500. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pakar-pakar kewangan sedia membantu kita semua. Insyaallah...

Read more...

BERBALOI- BALOI... Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kepada semua pembaca blog saya, disini saya ingin membuat satu pengumuman yang menarik.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas, anda boleh menyertai Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas yang akan dianjurkan oleh Public Gold pada 16 Januari 2010 nanti.

Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada anda keadaan ekonomi dunia sekarang dan bagaimana emas boleh menjadi pelaburan yang selamat dan menguntungkan untuk anda.

Maklumat lanjut boleh dibaca kat bawah:

Untuk pengetahuan anda, panel penceramah untuk seminar ini terdiri daripada pakar-pakar di dalam bidang masing masing.

Diantara penceramah yang dijemput:

YBhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid
Bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia)
Tajuk: Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan

Prof Dr Ahameed Kameel Mydin Myra
Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk: Ekonomi Dunia 2010 dan Emas


Louis Ng.
Pengerusi Eksekutif,
Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tajuk: Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?

Nik Mahani Mohamed
Pengarah Eksekutif, Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
Tajuk : Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini

Syukor Hashim
Admin www.jutawanemas.com - Blog yang menyingkap kepentingan emas dan cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Tajuk: Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas


Bagaimana mendaftar ke seminar ini?

Anda boleh menyertai seminar ini dengan yuran sebanyak RM50 sahaja. Tempat adalah terhad kepada 500 peserta sahaja dan bergantung kepada first come first served basis. Untuk menempah tempat, sila hubungi saya di talian 017-9536500 / treyaku@gmail.com

Petan ke lokasi.


- ILMU yang kita perolehi akan lebih BERBALOI-BALOI -

Read more...

Seminar Perniagaan Emas Datang Lagi

Sunday, December 20, 2009

Seminar Peluang Pelaburan Emas Public Gold datang lagi. Jom kita DENGAR tentang PELABURAN EMAS ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Schedule of Public Gold Seminar:

Details of Venue:

1. Park Avenue Hotel
Sat 19.12.09
8pm – 10pm

• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

2. Pearl View Hotel
Sun 20.12.09
8pm – 10pm

• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

3• Grand Riverview Hotel
Sat 26.12.09
8pm – 10pm

Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988


4• Ming Star Hotel
Sun 27.12.09
8pm – 10pm

Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

5• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Sat 02.01.10
8pm – 10pm

J. A. Residence Hotel
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

masuk adalah PERCUMA/FREE

berminat??? call +6017-9536500 ....tempat adalah terhad

atau email nama penuh, no. tel dan alamat ke treyaku@gmail.com

Read more...

Kire Upah Simpan Di Ar- Rahnu

Tuesday, December 1, 2009

Contoh Pengiraan Bayaran Upah Simpan


Contoh : Emas 100 gram telah dirahnukan kepada BR. Katakan masa beli RM100/gram So Rm10 ribu la smer kan.


BR akan amik kadar nilai jualan runcit emas (berbeza mengikut institusi. Katakan kadar Rahnu BR adalah RM120/gram

100g X RM120 = Rm12,000 (nilai marhun)
Kos upah RM0.75 setiap RM100 nilai marhun...
So nak senang darab jer 0.0075..RM12,000 X 0.0075 so dapat RM90..yg ni upah tuk sebulan..kalo 2 bulan darab la 2..dan seterusnya

Read more...

Keperluan Dinar

Monday, November 23, 2009

Kenapa DINAR-DIRHAM ?


KENAPA DINAR-DIRHAM Ini adalah pertanyaan penting abad ini, kenapa kita perlu kembali ke alat-tukar emas dan perak? jawabannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) kerana mentaati Allah dan Rasulullah.

Emas adalah logam mulia dan nilainya tidak tergantung pada bangsa mahupun ekonomi manapun. Nilainya hakiki. Emas mudah disimpan, serta dikenali sebagai harta kekayaan nyata hampir di seluruh pelusuk dunia.

Standard baru World Islamic Trading Organisation (WITO) atau Organisasi Perdagangan Islam Dunia berdasarkan kepada ukuran tradisional dinar-dirham selama masa permerintahan kaum Muslim

KEGUNAAN DINAR-DIRHAM Karena Dinar (emas) dan Dirham (perak) mempunyai berbagai fungsi dalam muamalat islam sebagaimana contoh di madinah al munawwara yang antara lain:

1. Untuk Perdagangan Atau Jual-Beli Sebagai alat tukar, koin dinar emas dan dirham perak dapat digunakan untuk membayar benda niaga dan jasa. Di masa Rasulullah SAW, seekor ayam dapat dibeli dengan harga 1 dirham, dan hingga hari ini harga ayam masih tetap sama dengan 1 Dirham, 1 ekor kambing dewasa dapat di beli dengan harga 1 dinar hingga hari ini. Ertinya selama 1400 tahun inflasi tiada. Tidak ada alat tukar manapun di seluruh dunia yang dapat melakukan hal sebgini rupa.

2. Untuk Pembayaran Zakat Pelaksanaan zakat telah dijelaskan dengan sempurna dan diatur dalam fiqh 4 Imam Madhab ahlul sunnah wal jamaah. Selama berabad-abad saat fiqh dijalankan oleh Khalifah, Sultan ataupun Amir, zakat mal ditunaikan dalam emas dan perak, ini adalah aturan syariah kita.

Saat pertama kali di abad terakhir kolonial menggunakan wang kertas, ulama tradisional menolaknya kerana berlawanan dengan fiqh. Di antara ulama tersebut muncul ulama terkemuka keturunan Maghribi, Shaykh Muhammad ‘Allish (1802 – 1881), Shaykh para shaykh Maliki di Universitas Al-Azhar di Mesir. Beliau menulis dalam fatwanya jika seseorang mahu membayar zakat dengan kertas, maka hanya nilainya sebagai benda niaga (‘ayn), iaitu, nilainya sebagai kertas yang boleh diterima. Dengan demikian, nilai nominalnya tidak boleh digunakan untuk membayar zakat “Jika zakat adalah wajib dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan pada nilainya tetapi pada zat dan jumlahnya, sebagaimana emas, perak, biji-bijian, ternak atau buah-buahan. Kerana zatnya (kertas) tak bererti (dalam harga) untuk pembayaran zakat, maka kertas harus diperlakukan sebagai tembaga, besi, atau benda serupa lainnya”

3. Sebagai Alat Tukar Emas dan perak adalah alat tukar universal di seluruh dunia selama berabad-abad. Emas di China sama dengan di Afrika. Sebagai alat tukar untuk pembayaran antarabangsa, emas menghilangkan segala hambatan yang dibuat-buat yang timbul akibat perbezaan mata wang kertas di setiap negara.

Sebagai alat tukar yang nyata dinar – dirham mempunyai beberapa keunggulan antara lain:
• Kestabilan kewangan
• Alat tukar yang mempunyai nilai terbaik
• Meminimalkan spekulasi dan manipulasi
• Tidak mengenal perbezaan nilai tukar
• Penyebaran risiko dan menghidupkan kembali perniagaan sektor
• Tidak mengenal batas wilayah dan waktu
• Melindungi masyarakat atau bangsa

4. Untuk Tabungan atau Simpanan, Jelaslah bahawa menabung dalam emas menjadi benteng dari manipulasi mata wang kertas oleh pemerintah mahupun spekulasi kewangan. Meskipun sebagai bendanya boleh saja diperdebatkan bahawa emas juga menjadi sasaran berkala, namun kenyataannya jika dibandingkan dengan nilai nisbi benda niaga lain, nilai emas tetap sangat kukuh, sama sekali lebih kukuh dari mata wang kertas manapun.
Siapa Yang Mencetak Dinar-Dirham Dinar Emas dan Dirham Perak dicetak pertamakali kembali oleh 3 fuqara Shaykh Dr.Abdalqadir as-Suf pada tahun 2000, Dalam peredarannya Dinar-Dirham dijaga dan diawasi oleh amir-amir dunia.


Bagaimana Nilai Tukarnya Nilai tukar Dinar dan Dirham mengikuti harga pasar emas dan perak yang berlaku pada saat penukaran (biaya cetak dan biaya distribusi).

Penukaran Dinar-Dirham Kepada kertas Jika anda telah memiliki Dinar-Dirham maka pada dasarnya itu boleh digunakan kepada orang-orang terdekat yang telah mengerti tentang ini semua ataupun jika Dinar emas atau Dirham perak mahu ditukarkan kembali kepada wang kertas dapat ditukarkan kepada wakala-wakala/ agen-agen terdekat dengan tempat anda.

Read more...

Pelaburan dengan EMAS

Saturday, November 14, 2009

Salam Tuan/Puan,

Sudah tiba masanya kita mula berubah kepada EMAS sebagai aset pelaburan. Boleh rujuk di

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

- Sharing is CARING -

Read more...

PFGI - Bukan SKIM CEPAT KAYA atau MLM

Percaya atau tidak semuanya ditangan tuan/puan.




Opss.. Malaysia Book Of Record lagi...



Notis Amaran dari PFGI






Pengesahan Dari Bank Negara Malaysia Dalam Aktiviti Jual Beli Emas Oleh PFGI

Read more...

Kenali Dinar Emas

Thursday, November 12, 2009

Salam,

Di sini ingin saya berkongsi dengan tuan/puan mengenai dinar emas

Kelebihan Dinar Emas:

* Emas mempunyai nilai intrinsic yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang
diseluruh dunia
* Dinar dan Dirham adalah mata wang Islam yang sebenar
* Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu
melindungi kekayaan anda
* Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
* Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
* Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan
penyimpaan Dinar

Di antara kegunaan Dinar Emas ialah:

* Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
* Boleh digunakan untuk membayar zakat
* Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
* Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata
* Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli

Kelebihan membeli Dinar Emas

* Perbezaan harga jualan dan belian yang rendah
* Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia
* Anda boleh menjual balik Dinar Emas dengan harga yang tertinggi mengikut harga
pasaran kepada syarikat pada bila-bila masa.
* Stok sentiasa ada
* Mempunyai Sijil Ketulinan Emas yang sah

Perkhidmatan lain yang ditawarkan

* Membeli dan menjual jongkong dan syiling emas
* Menempa emas terpakai menjadi jongkong
* Membeli semua bentuk emas dan barang kemas
* Menerima tempahan syiling emas.

Dinar Emas (matawang Islam masa depan)

Kelebihan Dinar Emas

* Emas mempunyai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh
dunia.
* Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
* Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu
melindungi kekayaan anda
* Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
* Penggunaan Dinar membolehkan pembayar zakat yang lebih tepat
* Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan
penyimpan Dinar.

Di antara kegunaan Dinar :

1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
2. Boleh digunakan untuk membayar zakat
3. Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin
4. Boleh diberikan sebagai hadian/cenderamata
5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli

Kelebihan Membeli Dinar Daripada Public Dinar Sdn.Bhd

1. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah.
2. Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia
3. Anda boleh menjual balik Dinar emas dengan harga yang tertingi kepada syarikat
pada bila-bila masa
4. Stok sentiasa ada
5. Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah
6. Mempunyia cawagan di seluruh Malaysia (mudah dibeli dan dijual)

Read more...

Seminar Perniagaan Emas

Wednesday, November 11, 2009

Salam semua,

Satu seminar perniagaan emas akan diadakan oleh Public Gold di :

Tempat : Paka Residence Resort
Masa : 8.00 mlm - 10.30 mlm
Tarikh : 14 November 2009


Jom meriahkan seminar ini. Macam2 ada..!!!!

Read more...

Harga emas akan cecah 1,500 usd???

Saturday, November 7, 2009

Percaya atau tidak dengan keadaan sekarang ini mengenai harga emas meningkat atau tidak. Tuan/puan boleh rujuk ke

http://www.publicgold.com.my/content/view/278/98/lang,english/

Harga emas tidak akan turun mendadak tetapi berlegar2 di paras-paras tertentu. Sekarang harga berlegar di 1000-1100 (dah lepasi 1100 pun semalam). Pada pengamatan saya harga ini tadi berlegar di pasaran dalam 2 bulan lepas. Kesimpulan yang boleh saya bagi, tuan/puan tidak RUGI jika mempunyai EMAS di dalam simpanan tuan/puan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan)"

Read more...

Pelaburan Emas di TV3

Rancangan Bijak Wang di TV3 pada hari ini telah membincangkan 'Pelaburan Emas'. Apa anda tunggu lagi. Kesedaran perlu ada bagi menjamin masa DEPAN yang cerah dan terjamin. Bukan soal jual beli tetapi SIMPANAN bagi diri sendiri untuk masa akan datang.

Read more...

Duit Dari Emas

Friday, October 30, 2009

Alhamdulillah pada hari khamis 29 Oktober 2009, saya telah menebus gadai 300 gram kepada Puan Fatimah. Keuntungan yang saya dapat adalah sebanyak RM 1181 setiap 100 gram. Jumlah keseluruhan RM 3543.00. Pelaburan ini saya buat baru sahaja berumur 3 bulan. Bayangkan bagaimana emas memberi kita duit tambahan selepas membeli. Tak sangka saya boleh dapat wang sebanyak itu. Alhamdulillah dapat saya belanjakan sedikit untuk ubahsuai rumah saya. Walaubagaimana pun kos sebenar ditangan saya ialah RM 10444.20. Ini adalah untung kasar kerana belum ditolak dengan kos modal saya sebelum ini.

Bagaimana caranya untuk melabur dalam emas??? saya terangkan sedikit di bawah :

1. Sebagai Aset Untuk Simpanan Hari Tua.

- Beli dan simpan sepertimana barang kemas yang tuan/puan buat sebelum ini.

2. Membuat gadaian di Ar-Rahnu.

- Sebagai cth, Harga emas semasa di PG bagi 100 gram ialah RM 10 K dan Nilai semasa di Bank Rakyat ialah RM 11 K. So ada perbezaan 1 K kerana harga emas di bank rakyat dikawal oleh Persatuan Peruncit Emas Malaysia.

Contoh seperti dibawah:

Harga Emas PG untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Cash di tangan tuan.puan RM 7,150(jangan guna melainkan terdesak kerana ianya berguna apabila tuan/puan nak tebus balik 100 gram tadi)

Katakan harga emas meningkat sehingga kepada RM 12,000 di bank rakyat dan tuan/puan ingin tebus atau nilai semula ianya akan dikira RM 1000.00 * 35% dan tolak upah simpan di bank RM 100.00(cth sahaja), so tuan2 dapat RM 250.00 dari 100 gram. So cuba bayangkan jika tuan/puan punyai beratus gram atau 1 kilogram emas di bank rakyat. Nilainya akan berganda lagi. Di bawah saya tunjukan cara yang telah saya buat sebelum ini.

Saya ambik cth yang sama seperti di atas:

Harga Emas PG untuk 300 gram
Beli 300 Gram
Harga = RM 30,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 33,000
Gadai = RM 21,450 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan Rm 1,450 dan RM 20,000 saya beli lagi 200 gram


Harga Emas PG untuk 200 gram
Beli 200 Gram
Harga = RM 20,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 22,000
Gadai = RM 14,300 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank

saya simpan lagi RM 4,300 dan saya beli 100 gram berikutnya


Harga Emas PG untuk 100 gram
Beli 100 Gram
Harga = RM 10,000

Harga Emas Di Bank
Harga = RM 11,000
Gadai = RM 7,150 (65% dibayar kepada tuan/puan)
35% = Baki share di bank


Akhirnya saya ada cash ditangan sebanyak RM 12,900 dan 600 gram emas di bank rakyat dengan share 35%. Modal sebenar untuk saya ada jumlah emas ini ialah RM 17,100 (memang x mampu untuk beli 600 gram emas dengan nilai ini kerana nilai emas sebenar ialah
RM 60,000)
tetapi inilah kebaikan Ar-Rahnu.

So jika harga emas di Ar-Rahnu naik kepada RM 12,000 dengan keuntungan RM 250 untuk setiap 100 gram tadi, ini bermakna tuan/puan sudah perolehi RM 1500 (ada ke bank nak bagi banyak ini kepada simpanan tuan/puan)

p/s : Nilaian ini saya letak sendiri bagi memudahkan pengiraan di pihak tuan/puan dan nilaian harga emas semasa jual dan beli ada contoh sahaja.

Tuan/puan boleh fikir bagaimana nak jana DUIT DARI DUIT dari sini. Saya kongsi pengalaman dengan tuan/puan. Penerangan di atas adalah sebagai contoh kepada tuan/puan dalam mengenal erti PELABURAN EMAS sendiri. Walaubagaimanapun terserah kepada tuan/puan untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu atau tidak. Simpan emas tidak salah sebagai pelaburan masa TUA nanti.

Boleh hubungi saya bila-bila masa untuk penjelasan.
- Sharing Is Caring -

Read more...

Pengiraan Zakat Emas

Monday, October 26, 2009

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : zakat.com.my

Read more...

Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia

SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283)

Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan.

“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barang-barang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.

Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia.

Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993.
Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan.

Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

“Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.

YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah.

Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu.

Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja.

“Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya.
Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat.
Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.

“Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah.

Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan

Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati.

“Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia. – UTUSAN MALAYSIA-SELASA, 28 MAC 2006

Read more...

Jual Beli Emas Public Gold

Thursday, October 22, 2009

Salam.

Pada entry kali ini, saya cuba menerangkan beberapa salahfaham tentang perniagaan emas Public Gold yg sering ditanya kpd saya.

1) Emas public Gold, adalah berbentuk fizikal, boleh dipegang dan dilihat. Pembeli membeli emas berkenaan dan membawa pulang. Bukannya jual beli hanya di atas kertas macam Maybank atau pun Public Bank. Sama juga seperti beli emas di kedai emas, anda bayar duit, anda dapat emasnya. Bezanya dengan kedai emas, bentuk emasnya bukanlah barang kemas, tetapi emas Public Gold adalah berbentuk bar/jongkong/syiling.

2) CASH AND CARRY. Sebarang urusan belian dan jualan dilakukan secara cash and carry. Apabila persetujuan harga dicapai, pembeli sudah ada cash, tetapkan tempat pertemuan. Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan jika pembeli ingin bank in duit terlebih dahulu jika ada kepercayaan.

3) BUKAN SKIM PELABURAN. Perniagaan emas Public Gold, hanyalah berkonsepkan jual beli yang biasa, anda beli, kami (ejen) menjualkan kepada anda. Bukannya seperti skim2 pelaburan yang menjanjikan pulangan sekian sekian berasaskan modal anda. Pembeli emas Public Gold hanya akan mendapat keuntungan apabila adanya kenaikan harga emas, jika ingin menjual semula.

4) Ejen-ejen (dealer) Public Gold wajib ambil jika pelanggan ingin menjual semula emas-emas yang telah dibeli. Harga yang ditetapkan, adalah harga “buying” semasa di website public gold. Jika ada ejen yang tidak dapat beli balik, itu adalah kerana ejen berkenaan tidak cukup modal, maka anda dinasihatkan mencari ejen2 yg benar2 bereputasi tinggi.

ok, sekian dulu untuk kali ini. Selamat Melabur, bukan Melebur. Terima Kasih.

Read more...

Tentang Emas & Dinar Public Gold

Produk jualan saya ialah emas dan dinar keluaran Public Gold seperti di bawah :

1) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 100g, purity 24k, 999.9
2) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 50g, purity 24k, 999.9
3) Emas Keping / Bar Public Gold – berat 20g, purity 24k, 999.9





Gold Dinar Coin


Dinar 1




Dinar 5



Dinar 10




Harga semasa bagi Dinar ini juga boleh didapati di http://publicdinar.com/

Read more...

Kenapa emas penting???

Monday, October 19, 2009

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
———————————————
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–——
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–———
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
————————————
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Read more...

Tanah/ Lot Untuk Di Jual /Di Pajak

Sunday, October 18, 2009

1. Rumah Semi D - 400 MP - RM 180 Ribu
Lokasi - Bukit Payung, Kuala Terengganu
2. Tanah 1 Ekar - RM 85 Ribu
Lokasi - Setiu
3. Tanah 2.5 Ekar - Sawmill Di Terengganu - RM 3 Juta
Lokasi - Wakaf Tapai, Kuala Terengganu
4. Tanah 3 Ekar - RM 170 Ribu
Lokasi - Setiu
5. Tanah Kebun 1 Ekar - RM 120 Ribu
Lokasi - Maras, Wakaf Tengah, Kuala Terengganu
6. Tanah Kebun 1 Ekar - RM 60 Ribu
Lokasi - Wakaf Tapai, Kuala Terengganu.
7. Rumah Semi D (2 Unit)
Lokasi - Tok Jembal - RM 210 Ribu

Saya juga mencari kawasan/ladang Kelapa Sawit dan Getah untuk dipajak.

Read more...

Duit Jana Duit

Saturday, October 10, 2009

Anda mempunyai duit tetapi bagaimana ingin menambahkan lagi jumlah duit tersebut??
Banyak cara yang anda boleh anda buat tetapi perkataan 'RISIKO' harus diambil kira...
Sudah semestinya anda tidak mahu mengambil 'RISIKO' dari sesuatu perlaburan yang menguntungkan. Ayuh sertai saya

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP