Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Azam Tahun 2011..Anda semua bagaimana????

Jualan Emas dan Perak

Untuk Di Jual :
1. 10 gram bunga raya - RM 1510
2. 5 gram Pamp LF - RM 800
3. 1/10 oz Gold Maple Leaf
PM/SMS 017-9612247 kepada yang berminat... harga boleh bincang lagi

Bunga Raya

Bunga Raya
Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 999.9 (24K)

Dinar GCP

Dinar GCP
Coin dari emas 999% (24K gold) Saiz 1 dinar

Kelantan Gold Trade

Kelantan Gold Trade
Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar

Dinar Muslim, Restu

Dinar Muslim,  Restu
Dinar Muslim: Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar Dinar Restu: Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1 dinar

Dinar Public Gold

Dinar Public Gold
Coin dari emas 916% (22K gold) Saiz 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar

Dinar Kelantan

Dinar Kelantan
Dinar Kelantan keluaran pertama Coin dari emas 917% (22K gold) Saiz 1/4 dinar, 1/2 dinar, 1 dinar dan 2 dinar

Keperluan Dinar

Monday, November 23, 2009

Kenapa DINAR-DIRHAM ?


KENAPA DINAR-DIRHAM Ini adalah pertanyaan penting abad ini, kenapa kita perlu kembali ke alat-tukar emas dan perak? jawabannya adalah untuk meninggalkan sistem riba (wang kertas dan perbankan) kerana mentaati Allah dan Rasulullah.

Emas adalah logam mulia dan nilainya tidak tergantung pada bangsa mahupun ekonomi manapun. Nilainya hakiki. Emas mudah disimpan, serta dikenali sebagai harta kekayaan nyata hampir di seluruh pelusuk dunia.

Standard baru World Islamic Trading Organisation (WITO) atau Organisasi Perdagangan Islam Dunia berdasarkan kepada ukuran tradisional dinar-dirham selama masa permerintahan kaum Muslim

KEGUNAAN DINAR-DIRHAM Karena Dinar (emas) dan Dirham (perak) mempunyai berbagai fungsi dalam muamalat islam sebagaimana contoh di madinah al munawwara yang antara lain:

1. Untuk Perdagangan Atau Jual-Beli Sebagai alat tukar, koin dinar emas dan dirham perak dapat digunakan untuk membayar benda niaga dan jasa. Di masa Rasulullah SAW, seekor ayam dapat dibeli dengan harga 1 dirham, dan hingga hari ini harga ayam masih tetap sama dengan 1 Dirham, 1 ekor kambing dewasa dapat di beli dengan harga 1 dinar hingga hari ini. Ertinya selama 1400 tahun inflasi tiada. Tidak ada alat tukar manapun di seluruh dunia yang dapat melakukan hal sebgini rupa.

2. Untuk Pembayaran Zakat Pelaksanaan zakat telah dijelaskan dengan sempurna dan diatur dalam fiqh 4 Imam Madhab ahlul sunnah wal jamaah. Selama berabad-abad saat fiqh dijalankan oleh Khalifah, Sultan ataupun Amir, zakat mal ditunaikan dalam emas dan perak, ini adalah aturan syariah kita.

Saat pertama kali di abad terakhir kolonial menggunakan wang kertas, ulama tradisional menolaknya kerana berlawanan dengan fiqh. Di antara ulama tersebut muncul ulama terkemuka keturunan Maghribi, Shaykh Muhammad ‘Allish (1802 – 1881), Shaykh para shaykh Maliki di Universitas Al-Azhar di Mesir. Beliau menulis dalam fatwanya jika seseorang mahu membayar zakat dengan kertas, maka hanya nilainya sebagai benda niaga (‘ayn), iaitu, nilainya sebagai kertas yang boleh diterima. Dengan demikian, nilai nominalnya tidak boleh digunakan untuk membayar zakat “Jika zakat adalah wajib dengan mempertimbangkan zatnya sebagai benda niaga, maka nisabnya bukan pada nilainya tetapi pada zat dan jumlahnya, sebagaimana emas, perak, biji-bijian, ternak atau buah-buahan. Kerana zatnya (kertas) tak bererti (dalam harga) untuk pembayaran zakat, maka kertas harus diperlakukan sebagai tembaga, besi, atau benda serupa lainnya”

3. Sebagai Alat Tukar Emas dan perak adalah alat tukar universal di seluruh dunia selama berabad-abad. Emas di China sama dengan di Afrika. Sebagai alat tukar untuk pembayaran antarabangsa, emas menghilangkan segala hambatan yang dibuat-buat yang timbul akibat perbezaan mata wang kertas di setiap negara.

Sebagai alat tukar yang nyata dinar – dirham mempunyai beberapa keunggulan antara lain:
• Kestabilan kewangan
• Alat tukar yang mempunyai nilai terbaik
• Meminimalkan spekulasi dan manipulasi
• Tidak mengenal perbezaan nilai tukar
• Penyebaran risiko dan menghidupkan kembali perniagaan sektor
• Tidak mengenal batas wilayah dan waktu
• Melindungi masyarakat atau bangsa

4. Untuk Tabungan atau Simpanan, Jelaslah bahawa menabung dalam emas menjadi benteng dari manipulasi mata wang kertas oleh pemerintah mahupun spekulasi kewangan. Meskipun sebagai bendanya boleh saja diperdebatkan bahawa emas juga menjadi sasaran berkala, namun kenyataannya jika dibandingkan dengan nilai nisbi benda niaga lain, nilai emas tetap sangat kukuh, sama sekali lebih kukuh dari mata wang kertas manapun.
Siapa Yang Mencetak Dinar-Dirham Dinar Emas dan Dirham Perak dicetak pertamakali kembali oleh 3 fuqara Shaykh Dr.Abdalqadir as-Suf pada tahun 2000, Dalam peredarannya Dinar-Dirham dijaga dan diawasi oleh amir-amir dunia.


Bagaimana Nilai Tukarnya Nilai tukar Dinar dan Dirham mengikuti harga pasar emas dan perak yang berlaku pada saat penukaran (biaya cetak dan biaya distribusi).

Penukaran Dinar-Dirham Kepada kertas Jika anda telah memiliki Dinar-Dirham maka pada dasarnya itu boleh digunakan kepada orang-orang terdekat yang telah mengerti tentang ini semua ataupun jika Dinar emas atau Dirham perak mahu ditukarkan kembali kepada wang kertas dapat ditukarkan kepada wakala-wakala/ agen-agen terdekat dengan tempat anda.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP